Monday, August 22, 2005

my first post

Hi.. on my first post aku akan letak satu cerita yg aku dpt dr bekas senior aku. Layan je....

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.
"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik
kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.
"Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Julia hanya tersenyum melihat
suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.
"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"
"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru
kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada
isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang
empat jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu
juga dengan isterinya, Julia. "Tak sabar rasanya nak tiba kat
kampung," Ahmad berkata dalam hati.Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lamakeretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan
Honda Civicnya mula memecut.Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua
kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia
sekejappada anak dan isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga
dari tidurnya".
"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung
nanti."
"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat
bang,
Julia takut." Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan
kenderaannya.
"Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres
didepannya tanpa was-was.
"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Ahmad setelah
berjaya memotong bas ekspres tadi.
"Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa...." Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga
jejak ke lantai. Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di
depannyatersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!.
"Julia....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Ahmadmak? Macammana dengan suami saya, mak? Liza, Linda....mana anak-anak saya
mak?" Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan
kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya.
Emaknyamemandang Julia tepat-tepat.
"Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus
menangis.
PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba.
Julia
terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?
"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, study pun
malas,kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau
ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi
sembahyang! Asarpun dah nak habis!" emaknya terus merungut sambil berlalu
keluar.......dan Julia tersengih keseorangan.Rasa macam nak masuk dalam tin
biskut! "

0 Comments:

Post a Comment

<< Home