Monday, August 29, 2005

Nice story

16hb Jun 2005
Jam 10mlm: Aku dah semakin kecewa sebab tanda-tanda melahirkan masih belum tiba sedangkan cuti sakit yang diberi doktor akan berakhir esok.Dalam hati tersimpan perasaan malas yang amat sangat untuk kembali ke pejabat setelah seminggu bercuti, ditambah lagi dengan tujahan soalan-soalan seperti “Eh, bila lagi nak meletup?”, “Tak cuti lagi?” Sebelum tidur malam itu, aku terpandang air zam-zam pemberian rakan sekerja suamiku, teringin nak minum.. selepas makan sebiji buah kurma nabi, aku pun minum air zam-zam sambil berhajat di hati “Alangkah eloknya kalau aku dapat bersalin hari esok sebab esok hari Jumaat”.

Jam 12tgh mlm: “Eh.. aku terkencing ker??” Hati aku berdebar-debar.. “Air ketuban dah pecah ker?”. Rakanku pernah bercerita, air ketuban kalau dah pecah, rasa macam nak terkencing tapi tak boleh nak di tahan, akan terus mengalir keluar. Untuk memastikan samada aku terkencing ataupun air ketuban yang turun, aku ke tandas… air mengalir dengan derasnya.. memang sah air ketuban dah pecah!! Perasaanku bercampur baur.. gembira.. panik.. seram sejuk.. semua ada.. aku tak tahu nak buat apa.. suamiku masih berada di ruang tamu di bawah.. Aku pun turun untuk mengambil handphone (nak caj bateri sebab nak sms berita terkini dengan kawan-kawan dan keluarga), suamiku memandang ke arahku yang sedang menuruni tangga, di raut wajahnya jelas terpancar seribu satu persoalan.. lidahku pulak menjadi kelu.. aku cuma dapat mengeluarkan perkataan “Air..” suamiku hairan.. “Kenapa dengan air?” Aku terus mencapai handphone ku, lantas menyambung “Air ketuban dah pecah.” Suamiku masih tidak dapat menangkap apa maksud ku tapi dia pun segera naik ke atas. Ku lihat suamiku mencapai tuala.. tapi aku terus minta suamiku ambilkan pad yang ku letak dalam beg emergency di dalam kereta. Sementara aku bersiap, suamiku mandi.. aku jadik semakin tak keruan kerana aku rasakan seperti air tidak berhenti-henti keluar, pad yang baru aku pakai terasa seperti dah penuh.. “Bang.. cepat la..” suamiku cuma menjawab ok, bila pintu toilet di buka, suamiku hairan melihat aku dah bersiap dengan sweater dan tudung. “Eh, dah kene pegi klinik ker?” “Ha ah ler.. doktor dah pesan, kalau air atau darah keluar, cepat-cepat pegi klinik” Suaraku menggeletar.. suamiku pun segera bersiap.. dalam perjalanan ke klinik, aku dan suami sempat bergurau kerana seperti tidak percaya hari yang di tunggu-tunggu dah pun tiba.. kakiku terasa sejuk dan sedikit menggeletar.. mungkin sebab aku takut.. Sampai klinik, aku maklumkan kepada misi bertugas yang aku dah pecah air ketuban, misi terus menunjukkan aku ke bilik. Aku diberikan persalinan wanita bersalin, misi kemudiannya membawa masuk sebuah mesin (lupa nak tanya nama mesin tu) yang digunakan untuk monitor contraction dan heartbeat baby. Aku dipakaikan tali pinggang yang disambungkan kepada mesin tu (akhirnya aku melaluinya juga setelah saban hari cuma mendengar cerita kawan2 saja). Terdengar degupan jantung baby begitu pantas.. misi menyatakan akan memeriksa bukaan di ‘bawah’. “Alamak..” aku dah kecut perut, aku takut sakit. Bila misi memasukkan jarinya, aduuhhh.. sakitnya macam di cucuk pensel.. sejurus selepas misi mengeluarkan jari, air keluar dengan deras.. misi menyatakan yang bukaan aku baru 2cm, tapi aku perlu dimasukkan ke wad bersalin segera kerana takut jangkitan pada baby disebabkan air ketuban yang dah pecah. Aku masih mampu berjalan seperti biasa menuju ke wad bersalin ditemani misi dan suami. Sebelum itu aku telah diberi pad klinik (mcm ni rupanya pad bertali yang nani cerita tu, hatiku sempat lagi berkata). Aku baring di katil dalam wad bersalin, misi tanya dah sakit ker? Aku kata tak sakit, misi pakaikan sekali lagi mesin tu sambil letak tangannya di atas perut ku.Aku perasan, semasa heartbeat baby menjadi semakin laju, perutku terasa tegang. Misi pun terangkan padaku semasa perut tegang itulah masanya berlaku contraction (ooo… baru aku tau.. ) Misi pun hairan kenapa aku tidak menunjukkan rasa sakit seperti orang lain. Misi sekali lagi bertanya “Tak rasa sakit langsung?” “Rasa macam sakit senggugut”, aku menjawab sambil tersenyum.. misi geleng kepala sambil mengucapkan syukur kerana aku mampu menanggung sakit yang kebanyakan orang lain tidak tertanggung (Mungkin berkat air selusuh mak mentua.. terima kasih mummy.) Selepas itu, datang seorang lagi misi katanya nak masukkan ubat untuk galak buang air besar.. Aku tak tahu macam mana rupanya ubat tu tapi rasanya macam ubat orang kena buasir/sembelit kot.. baru sahaja ubat tu dimasukkan, aku dah terasa nak membuang tapi aku tahan sebab macam tak logic jer ubat tu baru jer masuk, takkan dah berkesan.. akhirnya aku tanya kat misi tu, “Memang terus rasa nak membuang ker bila ubat dah masuk?” Misi tu tanya kat aku “Rasa nak membuang dah ker?”, “Ha ah..” “La.. pegilah.. jangan di tahan”.. kekeke… aku takut sakit perut aku tu bukan pasal ubat tu tapi pasal aku takut nak bersalin jer heheh.

Jam 3 pagi: Dr. Khamsiah masuk ke wad bersalin, dilihatnya carta pada graf contraction dan heartbeat baby, kemudian menyatakan ingin memeriksa bukaan. (“Alamak.. kene seluk lagi ker..”) Doktor geleng kepala kerana bukaan masih 2cm dan memutuskan untuk drip ubat utk induced labor. Aku dah cuak.. minggu lepas baru sahaja aku melawat teman sekerja yang bersalin melalui pembedahan.. itupun selepas di induced, bukaan tiada progress.. terus terang selepas lawatan tu, aku bertekad untuk bersalin secara normal kerana takut sakit di induced. Doktor menerangkan semua prosedur dan pilihan-pilihan pain reliever kepada suami dan aku. Aku hanya mengangguk tapi tak disangka proses drip untuk induced tu dah selesai.. Cuma rasa sakit macam digigit semut api jer masa jarum dimasukkan keurat di tangan kiriku.Doktor sekali lagi memberitahu, induced labor tu dah di set untuk merangsangkan contraction supaya berlaku 2 minit sekali, dijangkakan setiap jam akan membuka 1cm jalan, memandangkan aku baru sahaja 2cm, maknanya ada masa 8 jam lagi untuk baby lahir.. doktor sekali lagi menambah, induced labor ni terpaksa dilakukan kerana baby mesti dilahirkan hari ini juga untuk mengelakkan jangkitan. Doktor berpesan, dia akan datang untuk periksa bukaan sekali lagi pada jam 7 nanti.

Jam 6.45 pagi: Sebelum subuh tadi, misi yang menjagaku di wad bersalin telah periksa bukaan dan menggelengkan kepala kerana bukaan baru 3-4 cm. Ku lihat darah pada glove misi tu.. tapi sakit semasa di seluk tu dah kurang mungkin sebab dah melebar sedikit. Doktor memeriksa bukaan dan kata dah 5cm, ada progress, tapi yang merisaukan, jantung baby semakin lemah, doctor tak risaukan maknyer.. mak nyer dapat menanggung sakit contraction yang di induced tanpa sebarang pain reliever, tapi yang merisaukan baby di dalam.. kemungkinan baby terbelit tali pusat ataupun terhimpit semasa contraction menyebabkan jantung semakin lemah. Aku tidak dapat bercakap banyak kerana sakit senggugut yang kurasakan semakin kuat.. tidak henti-henti aku membaca doa menahan sakit yang di pesan doktor awal-awal tadi.. ada ketika semasa sakit yang kuat, aku terlupa doa tu.. lantas aku renung dinding dimana doa itu dibingkaikan (alhamdulillah aku boleh melihat dengan jelas doa tersebut walaupun aku sebenarnya rabun jauh). Doktor memberitahu aku dan suami, sekiranya bukaan tidak memberangsangkan, kaedah cesarean terpaksa dilakukan.. aku dan suami akur sahaja kerana sayangkan baby. Memang aku sendiri jelas dengar jantung baby semakin lemah semasa aku merasakan contraction yang amat kuat.

Jam 8.15 pagi: Sekali lagi bukaan diperiksa, dah 8cm!! tapi jantung baby semakin kritikal.. doktor segera menyatakan ingin memulakan prosedur bersalin normal tetapi dengan bantuan vacuum kerana bukaan tidak cukup 10 cm. Semakin ramai misi yg masuk untuk membantu doctor, kakiku diikat dan dikangkang di tepi katil, doktor memberikanku tips untuk meneran. Bila contraction datang, semua yang ada dibilik tersebut menyuruhku meneran sepenuh hati… aku cuba untuk kali pertama… arrrgghhh.. nafasku semput… terasa seperti berlari 400meter!! Doktor dan misi sekali lagi memberi kata-kata semangat. Contraction terasa sekali lagi, aku mencuba untuk kali kedua, berulang kali aku tarik nafas dan meneran semula namun gagal.. doktor memanggil suamiku menyatakan dia akan memotong bahagian ‘bawahku’ untuk memudahkan proses bersalin, “Ya Allah, aku terlupa aku tidak mengambil sebarang penahan sakit.. maknanya aku akan terasa… aaarrrgghhh… aduh!!!” Kali pertama aku mengalirkan air mata dan menjerit kesakitan di saat doktor memulakan keratan disaksikan suami. Suami terus memegang tanganku.. terdengar jelas suara suamiku.. “sekali lagi sayang… kesian kat baby.. baby nak keluar tu…” Hatiku seperti meronta-ronta hendak semuanya segera berakhir lalu aku meneran sekali lagi. Kali ni, aku terasa doktor memasukkan vacuum untuk menarik kepala baby segera keluar.. semasa vacuum dimasukkan dan digerak-gerakkan oleh doktor tu di dalam sakitnya bukan kepalang!! Aku menjerit sekuat hati “SSSAAAAKITTTT!!!!” airmataku berlinangan, nafasku tercungap-cungap, aku menangis semahunya dan kedengaran suamiku memberitahu doktor agar biarla aku dibedah.. dia tahu aku tidak dapat menanggung kesakitan yang amat dahsyat tu.. aku mengangguk tanda setuju dengan suami, doktor pun risau dengan keadaan baby, tetapi belum sampai 30 saat, aku terasa ada contraction lagi dan misi yang memegang perutku menyuruh aku segera meneran buat kali terakhir.. kali ini ku tarik nafas sedalam-dalamnya dan meneran sesungguhnya sehinggalah kedengaran tangisan yang dinanti-nantikan… akhirnya, setelah 20 minit bertarung nyawa dan kesakitan, Anaqin Hamsyari selamat dilahirkan tepat jam 8.35 pagi.

Pengalaman yang amat bermakna.. sehari sebelum melahirkan ni, aku sempat membaca beberapa pengalaman orang lain di dalam dan luar Negara (surf kat internet ler..) memang aku bersetuju, kalau ada rezeki, untuk kelahiran kedua aku akan minta epidural sebagai pain reliever.. tapi, frankly speaking, sakit contraction dan sakit meneran memang boleh di tahan.. sakit yang tidak tertanggung adalah semasa di kerat di bawah nun dan sakit semasa vacuum berada di dalam (terasa seperti spring pemukul telur di masukkan di dalam dan dipusing-pusing.. ) insya allah sekiranya bukaan cukup 10cm, segalanya akan berjalan dengan lancar… so kawan-kawan yang belum merasa tu, jangan la takut.. just prepared yourself mentally insyallah boleh..

Dipetik dr tulisan KHADY di WebKL . Very nice page lah beb..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home