Thursday, September 29, 2005

catatan

1. sakit gigi : hari ni sakit gigi sbb ada gigi baru tumbuh. Amat mengejutkan sbb dah 22 tahun 4 bulan pertumbuhan masa ada lagi.

2. kfc : dapat kfc dr dz. smalam lak dpt dr paan. oishikatta....

3. 劉さん : for the last time jumpa ryu san my part time mate kat jica. Lg 3 hari dia balik china. 寂しいな^n^.さらば友よ。。。。。

Tuesday, September 27, 2005

coffee???



cari kepala orang !!!!

Saturday, September 24, 2005

tentang dia(new sem)

Ada 8 hari before sekolah buka semula. Nilah kali pertama aku rasa x sabar2 nak mulakan semester baru. X ada ape pun yang menarik cuma rasa geram dengan keputusan exam sem lepas. Rasa nak balon nak pulun gila2 sem nih. Btol la kata orang selagi tak terhantuk selagi tu kita tak sedar. Yes, aku mmg dah terhantuk gila babi skang n aku tersedar yg teramat sedar skang. Hope semangat ni akan akan sentiasa sama sampai habes semester baru ni nanti. GANBAROU!!

Wednesday, September 21, 2005

Waras - AfdlinShauki

Di malam ini
Aku mahu bersendiri
Bertemankan sunyi
Untuk ku tenangkan hati
Selama ini kerap saja dikaluti
Di saat ini
Ku lupakan segala
Masalah Dunia
yang sering melanda
Sementara....
Walau untuk sementara

kala tiba masanyaku perlu
mengambil waktu untuk diriku
Bukan mementingkan diri
Hanya menjamin kewarasan ini
dalam dunia yang penuh dengan
Liku-liku dan dugaan...

Duniaku ini
Semuanya bermentari
Tiada awan duka
Untuk menghujani luka
ku bahagia...
walau untuk sementara

kala tiba masanyaku perlu
mengambil waktu untuk diriku
Bukan mementingkan diri
Hanya menjamin kewarasan ini
dalam dunia yang penuh dengan
Liku-liku dan dugaan...

Ku tahu dan mengerti
aku mesti kembali
tapi berikan daku masa
Mencari ketenangan
Seketika...
walau untuk seketika
Bebanku tak ketara
tekanan pun tiada

Ku aman sementara.. Ku waras sementara( 3X )
Ku waras...ku waras...ku waras....

To myself

Mlm ni aku akhirnya dapat tido lambat sbb esok aku x baito(part time). So sempat jugalah aku tgk2 subjek apa yang aku kene amek sem baru nih. Hm... nampaknya banyak yang aku kene amek. Ni seme gara2 sikap kemalasan aku sebelum ni.

Sem baru ni bagi aku satu cabaran or satu misi penting yang mesti aku selesaikan. Masa depan aku bergantung pada sem ni.

Pd diri aku sendiri, aku doakan moga badan aku akan patuh pada kehendak arahan otak n desire aku. Jgn lg difikirkan malas. Jgn lg difikirkan rehat rehat rehat. Kembali kpd "aku" yg dulu. Rajenkan diri pergi kelas. Ulangkaji setiap hari. Banyakkan berdoa pd tuhan moga dipermudah terima ilmu. Dimasa tgh2 malas tu, ingat2 la belajar sebenarnya lebih menyeronokkan dr membasuh tandas n basuh pinggan orang yg memenatkan masa baito tu. Gandakan usaha lebih dr org lain.Semoga Doa dan harapan aku ni dimakbulkan tuhan. Amin

p/s: To all my friends, doa2kan la aku utk harung salah satu cabaran dunia ni. Kerana tuhan unuk manusia. N credit juga aku nak berikan pd reissz yg telah menasihatkan aku supaya jgn pk negatif. Pk sentiasa diri boleh.

Friday, September 16, 2005

kitchen


gambar piman hijau setelah selesai dipotong n dibersihkan


gambar piman merah setelah selesai dipotong n dibersihkan



gambar nikujyaga didepan mata aku.warna kuning tu kentang..ade selit2 daging babi.

Hari ni jumaat aku ditugaskan utk kerja kat bhgn kitchen dr pukul 5 ptg sampai pukul 9 mlm. Pada mulanya aku diarahkan utk potong piman n bersihkan dalam dia tp bila dah abes potong yang merah cook pass kat aku satu lagi kotak piman hijau plak utk dipotong. Aku terpikir tetiba..agak2nya aku la antara manusia paling banyak pegang piman pd hari ni agaknya. Time aku tgh potong piman hijau tu plak, satu benda yang paling aku x gemar plak happened. Nikujyaga yang baru dikeluarkan dr oven diletakkan depan aku. Sememangnye bau sedap gila tp aku terpaksa tahan nafas aku skejap2 sbb utk pengetahuan , "nikujyaga" ni maksud dia daging & kentang. Yg menjadi masalahnye plak daging tu daging babi. Sedap siot bau daging yg baru dibakar dr oven tp daging babi...jd ..sure korang dpt bayangkan bagaimana bernafas dlm kesukaran. seksa lemas dan segalanya2...Tp naseb baiklah sekejap je dia dah alih ke tempat lain. kalau tidak tercemarla paru2 aku sedut bau lazat daging babi bakar.

p/s: babi dan makanan jepun x bleh dipisahkan. untung babi..kuikuikui

Tuesday, September 13, 2005

Monday

mlm smalam baru je habeskan satu drama jepun title "夢で会いましょう”(yume de aimashou) yg bermaksud bertemu di dalam mimpi . heroin cerita ni adlh YADA AKIKO n hero nye plak OSAO MANABU. Cerita ni mengesahkan seorang bapa yg sayangkan anak perempuannya hingga susah utk melepaskan anaknya berkahwin. Yada akiko yg bekerja sbg nurse di klinik gigi milik Osao Manabu yg juga doktor gigi sebenarnya baru 6 bulan duduk bersama bapanya kerana sebelum ini bapanya sering berada di atas kapal kerana bapanya adalah seorang tentera laut. mereka tinggal bersama dgn emak kepada bapa yada akiko. Kerana rasa bersalah tidak berada disisi isterinya semasa kematian isterinya, bapa yada akiko menjadi sgt prihatin dan terlalu sayangkan anak perempuannya.Dari situ bermulah bermacam2 perkara dlm drama ni....
link drama yume de aimashou

Bg regular penonton , bnyk reviews yg aku baca drama ni membosankan dan agak biasa jalan ceritanya. Tp pd pendapat aku, cerita ni ada banyak mengajar aku tentang kasih sayang bapa. Dan juga, dr drama ni juga aku dpt perhatikan yg anak ni satu harta or khazanah yg terlalu tinggi nilainya bg seorang bapa. B4 this mungkin aku cuma tahu yg anak tu berharga but lepas tgk cite ni terasa satu hari nanti aku harap dpt merasai keseronokan sbg bapa sama mcm dlm drama tuh.

Lepas habis tgk cerita tu aku terus tgk malaysian idol spectacular7 yg baru habes didonlod. Agak kecewa sbb faizul voted out. Anyway semoga dia berjaya diluar n still "rock kampung". Rugi la kalau recording company x amek dia coz ada suara rock yg soothing utk didengar . Anyway.. my best luck to other 3 contestants will only go to NITA. This lady aa... like kata roslan aziz in spectacular 6, " muka cantik, badan cantik n nyanyi pon cantik". I really2 agree wif that. Yet she still looks malu2 n segan2 bila dipuji org. so.. vote for NITA !! Okla..bye.. see on the next post coz nak gi part time. Hari ni kerja kitchen lg...

Monday, September 12, 2005

3rd time miyajima


dgn K.A berlatar blakangkan main smbol kat miyajima + shika(rusa) kat depan

Semalam aku ke Miyajima island for the 3rd time dgn my roommate awang n sorang lg member yg dtg dr tokyo for vacation. This 3rd time visit aku pergi dgn penuh harapan utk naik ropeway n spt biasa faktor masa sekali lagi mengahalang niat . Maybe x de rezeki... nampaknye kena la aku bertandang lagi ke Miyajima. About 2 n half hours guru-guru, naik balik ferry n terus menuju ke Hiroshima city utk bawa member aku K.A yg dr tokyo ni ke atomic bomb memorial museum, tempat yg "must go" to all visitors to Hiroshima. naseb baik la K.A ni x amek masa sgt dlm museum tu coz ikut pengalaman bawak member2 gi museum tu mmg sah sejam over la kene tunggu. Apepun, happy dpt ke Miyajima sbb dapat tgk shika(rusa) yg friendly dr sesetengah manusia kekadang.

p/s: naseb baik shika(rusa) x leh pakai handphone. kalau tak tiap2 mlm aku mel ngan depa.

Saturday, September 10, 2005



AMBIL IKTIBAR WAHAI ORANG YANG MEMPUNYAI PENGLIHATAN ! GAMBAR INI DIRAKAM
SECARA TIDAK SENGAJA OLEH NASA. TERDAPAT OBJEK DILANGIT YG PECAH... DLM
BEBERAPA BULAN YG LEPAS DALAM AKHBAR AL-AHRAM DAN LAMAN WEB NASA IANYA
MENJADI BUKTI DALIL KEBENARANISLAM.........ALANGKAH BENARNYA ALLAH S.W.T BERFIRMAN;
"SELAIN ITU SESUNGGUHNYA (NGERI) TATKALA LANGIT PECAH-BELAH.LALU...MENJADILAH MAWAR MERAH, BERKILAT SEPERTI MINYAK" ***AYAT INI MENGGAMBARKAN KEHANCURAN ALAM LANGIT KETIKA HAMPIR KIAMAT BERINGATLAH DAN JANGAN ALPA KEPADA KEDUNIAAN...PERBANYAKKAN KEBAJIKAN DUNIA DAN AKHIRAT.... DUNIA KIAN HAMPIR KE AKHIR ZAMAN....